Friday 6 January 2012

Penerbangan Sulung

Oleh kerana rumah Kak Yang jauh dari lapangang terbang, maka Kak Yang mengambil keputusan untuk menumpang rumah emak saudara yang 1 jam perjalanannya ke lapangan terbang antarabangsa KLIA. Adik Kak Yang ada menemani. 4hb January, hari perlepasan, emak saudara tidak dapat menghantar kak yang dek kerana beberapa urusan, jadi hanya suaminya sahaja yang menghantar.
Kak Yang yang tiba dilapangan terbang 2 jam sebelum kapalterbang berlepas. Perasaan bercampuir baur antara debar dan gembira. Debar takut sekiranya sesuastu yang tidak diingini berlaku, gembira kerana akan menaiki kapalterbang dan ke luar negara. Di check-in kaunter Kak Yang diberi 2 tiket; Kuala Lumpur-Bahrain dan Bahrain Doha. Selepas urusan check-in dan mengucap selamat tinggal kepada adik dan bapa saudara, tanpa membuang masa kak yang terus ke pintu perlepasan antarabangsa dengan menuruni escalator di mana tidak jauh darinya ada imigresen. Kak yang tidak biasa menggunakan autogate jadi passport hanya diperiksa manual oleh pegawai imigresen.
Selepas imigresyen kak yang terus ke gate 4 di mana kapalterbang akan berlepas dari situ. Untuk ke sana penumpang kena mengambil aerotrain. Oleh kerana kak yang tiba awal, jadi masa yang ada digunakan untuk melihat-lihat kedai-kedai barang bebas cukai.
Kapalterbang bertolak tepat pada masanya iaitu pada pukul 8 malam. Tempat duduk kak yang di sebelah tingkap, disebelah kak yang seorang lelaki pertengahan umur pada hemat kak yang mungkin juga beliau seorang arab dari Saudi. Lelaki itu membawa kak yang dalam satu perbualan ringan. Sepanjang perjalanan kak yang banyak habiskan masa menonton tv didepan seat kak yang. Lelaki tersebut juga menonton tv yang berada di depannya. Selepas 15 minit makan ringan diberi dan makan malam menyusul selepas itu. Spaghetti dengan ayam, sedikit salad sebagai makanan utama dan kek sebagai pencuci mulut. 1 jam selepas makan malam Kak Yang lelapkan mata.
Lena kak yang dikejutkan oleh suara pengumunan dari kapten bahawa kapal terbang terpaksa melakukan pendaratan cemas disebabkan bahagian kargo terlebih muatan dan kapalterbang akan mendarat selama 30 minit untuk mengurangkan muatan – tidak pula kapten maklumkan kami mendarat di lapangan terbang mana. Akhirnya kapalterbang mendarat selepas 3 jam di udara … kak yang hanya tahu itu lapangan terbang Kolombo, Sri Lanka apabila cellular telephone diaktifkan bilamana menerima message dari syarikat telekom Sri Lanka ‘Mobitel’. Kami tidak dimaklumkan berapa lama kapalterbang akan berada di situ, penumpang hanya habiskan masa menunggu di dalam kapalterbang… tidak dibenarkan keluar dari pesawat. Tidak banyak dapat yang dilihat diluar tingkap pesawat oleh kerena malam yang tidak diterangi cahaya bulan. Kak Yang menjadi gusar, Kak Yang sms ibu dan sms sepupu kak yang akan menjemput kak yang. Juga kak yang risau terlepas connecting flight dari Bahrain ke Doha. Setengah jam berlalu, tetapi tiada tanda-tanda pesawat akan berlepas dalam jangkamasa terdekat. Tidak semena-mena kapten membuat pengumuman sekali lagi memberitahu terdapat seorang perempuan memerlukan rawatan segera atas masalah kesihatan, jadi lebih masa diperlukan untuk tujuan itu. Lebih kurang 1 ½ jam kemudian sekali lagi kapten membuat pengumuman bahawa kapalterbang sudah sedia untuk berlepas.
Tiba di Bahrain lebih kurang pukul 3 pagi 5hb January, connecting flight Kak Yang ke Doha pada jam 1 pagi telah terlepas. Penerbangan seterusnya hanya akan berlepas pada jam 7 pagi sejam penerbangan. 4 jam masa menunggu begitu meletihkan.
Turun sahaja dari tangga pesawat, Kak Yang terlihat seorang perempuan jelita berdiri memegang sekeping kertas terlulis nama Kak Yang. Beliau ialah pegawai khidmat 'meet & greet' yang ditempah oleh suami sepupu (Mone Tok) untuk memudah urusan ketibaan Kak Yang untuk pertama kalinya ke Doha. Semua urusan imigresen dilakukannya. Kak Yang hanya memerhati dari ruang menunggu yang selesa. Kalau tidak kerana khidmat tersebut, Kak Yang juga terpaksa beratur panjang seperti orang-orang lain. Pegawai tersebut mengiringi Kak Yang hingga keluar di mana di sana Mone Tok dan suaminya menyambut ketibaan. Rasa sangat lega, akhirnya sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat!
Di luar airport suhu tidak terlalu sejuk dan nyaman. Perjalanan dari lapangan terbang ke rumah Mone Tok tidak memakan masa yang panjang. Doha tidak seperti yang pernah Kak Yang bayangkan!
Selepas lepak dan melepas lelah, sebelum menjelang malam, Mone Tok membawa Kak Yang berjalan-jalan di Souk yang berdekatan kediaman. Suasana yang serba lain dan Kak Yang rasa amat teruja. Di cafe-cafe lelaki-laki Arab berpakaian tradisional, bersantai dengan menghisap shisha. Souk tersebut begitu unik sekali. Semasa melihat-lihat kedai-kedai di souk, terjumpa seorang budak lelaki Arab comel berjubah putih berjalan bersama anak anjing saluki. Tanpa bertanya, Mone Tok menjelaskan itu perkara biasa di sini. Makan malam pertama di Doha, Mone Tok masak makanan kegemaran suaminya 'Spanish Chicken' - Kak Yang tidak dapat menghabiskan makanan tersebut kerana itu adalah makanan yang luar biasa untuk selera Kak Yang.

Thursday 22 December 2011

Kak Yang bersekolah di asrama penuh; suatu hari ibu menghubungi Kak Yang  sewaktu menduduki peperiksaan SPM mengkhabarkan berita yang tidak diduga – sepupu Kak Yang yang berada di Timur Tengah menjemput Kak Yang untuk melawatnya! Berita sebegini amat tidak diduga kerana seumur hidup Kak Yang  tidak pernah melancong ke luar negara apatah lagi dalam jarak yang jauh.

Disebabkan  ini adalah pengalaman pertama dan rasa takut pun masih ada, Kak Yang mengambil sedikit masa untuk berfikir iaitu perlukah Kak Yang ambil tawaran tersebut atau menolaknya? Setelah mencongak baik buruknya akhirnya Kak Yang  bersedia untuk melebarkan sayap melihat dunia luar.

Pejalanan sulung ke luar negara memerlukan bukan sahaja persedian mental dan fizikal tetapi lain-lain persediaan terutamanya penyediaan paspot perjalanan antarabangsa.

Sebaik sahaja peperiksaan tamat dan mengucapkan tinggal kepada rakan taulan, Kak Yang  bergegas pulang ke rumah ibu, malangnya penyediaan pasport antarabangsa memerlukan tandatangan ayah sedangkan Kak Yang hanya dijaga ibu seorang sahaja. Tekanan perasaan yang agak keterlaluan apabila situasi membawa kepada perjumpaan Kak Yang dengan ayah semula. Sebenarnya ayah melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa sejak dari usia Kak Yang 4 tahun lagi dan Kak Yang tidak dapat mengingati apa-apa kenangan manis sewaktu bersamanya… atau mungkinkah Kak Yang terlalu mentah untuk mengimbas kenangan indah.

Mengikut prosedur imigresyen Malaysia warganegara yang berumur dibawah 18 tahun mesti mendapatkan tandatangan bapa walaupun ibu yang menjaganya.

Setelah berperang dengan perasaan yang tidak menyenangkan menghadap bapa dan ibu tiri dengan perangai exotic mereka, akhirnya Kak Yang  merasa lega kerana passport yang diidam-idamkan sudah berada kemas di dalam gengaman! Kak Yang bersedia untuk terbang!

Sunday 18 December 2011

testing

testing testing

;;